(Ura-Ura) Sony Bakal Hadir Dengan Peranti Bersaiz 6.44-inci?

(Ura-Ura) Sony Bakal Hadir Dengan Peranti Bersaiz 6.44-inci?

Diterbitkan pada Apr 30, 2013 oleh .

Setelah kejayaan Xperia Z yang dilancarkan pada awal tahun ini, kini dikatakan Sony akan hadir dengan dua lagi peranti baru pada pertengahan kedua 2013 ini, dimana salah satunya adalah peranti berupa phablet bersaiz sekitar 6.44-inci.

Xperia ZL

Peranti yang dikenali dengan nama kod “Togari” ini dikatakan akan menyertakan rekaan yang menyerupai Xperia Z, dan dilengkapi dengan paparan HD penuh, serta binaan berasaskan kaca seperti Xperia Z sebelum ini. Ia dikatakan akan hadir seawal bulan Julai, sekaligus membolehkan mereka memegang pasaran phablet beberapa bulan sebelum Galaxy Note 3 dilancarkan.

Selain daripada “Togari”, Sony juga dikatakan akan melancarkan telefon pintar bersaiz 5-inci dengan sokongan “Walkman” serta kamera Cybershot pada pertengahan tahun kedua. Peranti ini dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 800 selaju 2.3Ghz, serta memori sebanyak 2GB RAM, dan juga grafik Adreno 330.

Peranti ini dikatakan akan dilancarkan seawal Julai, sebelum dipasarkan ke pasaran global seawal Ogos atau September.


TIPS & ULASAN