TM Mengukuhkan Sambungan Rangkaian Serantau Melalui Kabel “Bay of Bengal Gateway”

TM Mengukuhkan Sambungan Rangkaian Serantau Melalui Kabel “Bay of Bengal Gateway”

Diterbitkan pada Apr 30, 2013 oleh .

Setelah mengumumkan kerjasama dengan beberapa rakan sebelum ini, kini hari ini TM terus mengukuhkan sambungan rangkaian mereka dengan pelbagai rantau di seluruh dunia, dimana hari ini mereka mengumumkan pembentukkan konsortium untuk membina sistem kabel “Bay of Bengal Gateway”.

TM -BBG

Inisiatif baru ini dijayakan oleh enam orang rakan kerjasama, termasuk salah satunya adalah Vodafone Group. Melaluinya, ia akan menghubungkan Malaysia (melalui Pulau Pinang) dan Singapura ke Timur Tengah (Oman dan United Arab Emirates), serta melalui India (Mumbai dan Chennai) dan juga Sri Lanka.

Selain menghubungkan Asia Tenggara-Asia Selatan-Timur Tengah, kabel BBG ini juga dirancang untuk menghubungkan ke Eropah dan juga Afrika melalui sistem kabel sedia ada dan baru di India dan Timur Tengah.

Perkara ini sekaligus membolehkan TM menawarkan laluan alternatif untuk ke Eropah. Sistem kabel ini dikatakan akan menggunakan teknologi 100Gbps, serta dijangka akan siap untuk digunakan menjelang penghujung 2014 kelak.


TIPS & ULASAN