Maxis Dan Astro Menawarkan Perkhidmatan Astro IPTV Melalui Maxis Home

Maxis Dan Astro Menawarkan Perkhidmatan Astro IPTV Melalui Maxis Home

Diterbitkan pada Apr 30, 2013 oleh .

Sebelum ini, kami telah memperlihatkan pakej yang disediakan oleh pihak Maxis dan Astro untuk perkhidmatan IPTV mereka, dan hari ini, akhirnya kedua-dua syarikat gergasi ini melancarkan perkhidmatan mereka secara rasminya.

Maxis - Astro IPTV

Melalui kerjasama ini, pakej jalur-lebar selaju 10Mbps, 20Mbps dan 30Mbps disediakan, sekaligus membolehkan pengguna memilih beberapa pakej B.yond IPTV, sama ada ValuePack ataupun SuperPack. Bagi mereka yang melanggan pakej SuperPack, pihak Astro turut menawarkan beberapa kandungan eksklusif percuma melalui Astro Select, termasuk 10 saluran HD dan juga akses kepada 700 jam kandungan VOD.

Namun, ketika pelancaran, Astro Select hanya menawarkan lima saluran sahaja, iaitu Comedy Central, HBO Hits, HBO Signature, HBO Family dan juga WeTV. Astro mengatakan mereka akan melancarakn 5 lagi saluran pada penggal suku akan datang.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan tawaran Maxis dan Astro ini, boleh menyemak laman rasmi mereka hari ini.

Baca : Pakej Maxis Astro B.yond IPTV


TIPS & ULASAN