Grand Theft Auto V akan dilancarkan pada 17 September kelak, dan setelah memperkenalkan beberapa video trailer sebelum ini, kini pihak Rockstar turut sama berkongsi salah satu video terbaru, memfokuskan kepada tiga watak pada permainan tersebut.
Melalui video terbaru mereka ini, Rockstar mempertontonkan kisah disebalik tiga watak dalam permainan tersebut, dinamakan sebagai Michael, Franklin dan juga Trevor.
Selain memperlihatkan kisah mereka, pelbagai aksi dan juga grafik permainan tersebut dipertontonkan, sekaligus memberikan idea awal apakah para pemain akan lalui dalam permainan terbaru Rockstar tersebut.
Jadi apa kata anda berkenaan video promosi terbaru ini?