Pengguna Windows Phone 8 Kini Boleh Memuat-Turun Aplikasi Facebook Beta

Pengguna Windows Phone 8 Kini Boleh Memuat-Turun Aplikasi Facebook Beta

Diterbitkan pada Mei 1, 2013 oleh .

Ramai pengguna Windows Phone tidak begitu menyukai aplikasi Facebook yang didatangkan terbina pada sistem operasi tersebut. Menariknya, setelah sekian lama, kini pihak Facebook dan Windows Phone kelihatan bersedia untuk memperkenalkan versi baru untuk aplikasi berkenaan.

Facebook Beta - Windows Phone

Ia tidak diketahui lagi bilakah kemaskini ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna. Apa pun, sekiranya anda menggunakan Windows Phone 8, anda boleh memuat-turun aplikasi Facebook Beta ini, dan mencuba pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Facebook BetaMelalui Facebook Beta, ia kelihatan mereka membawakan antaramuka yang selari dengan platform iOS dan juga Android. Selain itu, pengguna juga turut boleh menikmati gambar dalam resolusi tinggi, disamping berkongsi sesuatu status, serta melihat Facebook Timeline melaluinya.

Bagi pengguna Windows Phone 8, anda boleh memuat-turun ia hari ini dan mencubanya sendiri pada peranti anda.


TIPS & ULASAN