Waze Mula Mencari Pengguna Windows Phone Untuk Ujian Beta

Waze Mula Mencari Pengguna Windows Phone Untuk Ujian Beta

Diterbitkan pada Mei 1, 2013 oleh .

Sebelum ini, telah dikatakan yang mana Waze akan hadir untuk platform Windows Phone, dan hari ini nampaknya pihak Waze telah pun memulakan carian pengguna Windows Phone yang ingin membantu dalam menguji aplikasi tersebut.

Waze

Daripada apa yang dikongsikan pihak Waze, mereka mengatakan aplikasi tersebut akan diperkenalkan untuk pengguna Windows Phone tidak lama lagi, dan kini mereka mencari pengguna yang ingin menguji versi beta-nya terlebih dahulu.

Versi beta pertama untuk Waze dijangka akan diperkenalkan dalam masa lebih kurang dua minggu lagi, dan mungkin kita akan dapat lihat lebih banyak info berkenaan dengannya pada masa tersebut.

Bagi yang tidak mengenali aplikasi Waze, ia merupakan aplikasi yang memfokuskan navigasi, dimana pada masa yang sama mengintegrasikan sokongan sosial membolehkan pengguna untuk menyumbang data sebagai keadaan trafik semasa dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin membantu dalam menguji versi beta aplikasi tersebut, mungkin boleh mendaftarkan minat, serta menyumbang dalam pembangunan aplikasi tersebut untuk platform Windows Phone.


TIPS & ULASAN