Bagi mereka yang melanggan saluran televisyen berbayar – Astro, mungkin saluran Awani merupakan salah satu saluran yang telah sedia diketahui, menawarkan pelbagai berita dan informasi semasa melaluinya.
Kini, selain daripada hanya menawarkan ia melalui televisyen dan juga web, mereka juga melangkah setapak kehadapan lagi dengan melancarkan aplikasi iOS mereka, membolehkan pengguna iPhone dan iPad mengikuti perkembangan semasa terus melalui peranti mereka.
Melaluinya, pengguna boleh mengikuti pelbagai berita semasa dalam pilihan bahasa Malaysia atau Inggeris, disamping pada masa yang sama menerima notifikasi sekiranya terdapat sebarang berita utama pada sesuatu masa. Sokongan perkongsian sosial turut sama disertakan pada aplikasi berkenaan.
Bagi pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Astro Awani ini secara percuma, dan mula mengikuti pelbagai perkembangan semasa melaluinya.
- Muat Turun
- Muat-Turun Aplikasi Astro Awani untuk iOS