Setelah mula diperkenalkan untuk pengguna antarabangsa sebelum ini, kini Google juga telah mula memperkenalkan kemaskini Play Store 4.0 untuk pengguna tempatan sejak daripada penghujung minggu lepas.
Melalui Play Store 4.0, ia membawakan rekabentuk antaramuka yang baru, serta beberapa perubahan berbanding versi sebelum ini. Bagi pengguna Android, mungkin mereka akan perasan beberapa elemen yang menyerupai Google Now, selain paparan gambar yang lebih besar berbanding sebelum ini.
Kemaskini ini diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin bagi yang belum menerimanya, akan mendapat kemaskini ini dalam beberapa hari lagi.