Info berkenaan dengan HTC M4 telah kedengaran beberapa kali sebelum ini, dan kini gambar peranti tersebut tertiris dan dikatakan akan hadir sekitar bulan Jun atau Julai kelak.
Dari gambar yang dipaparkan, HTC M4 ini kelihatan membawakan rekabentuk yang menyerupai HTC One sebelum ini. Ia dikatakan peranti ini akan membawakan spesifikasi pertengahan, dimana akan dilengkapi skrin bersaiz 4.3-inci dan cip pemprosesan dwi-teras. Penggunaan memori dikatakan akan dikekalkan kepada 2GB RAM, selain turut membawakan bateri berkapasiti 1700mAh. Beberapa fungsi seperti HTC Ultrapixel turut dijangka akan disertakan bersama-sama dengannya.
Dengan gambar yang tertiris ini, mungkin kita akan mendengar lebih banyak info berkenaan dengannya dalam masa terdekat ini.