Kini Anda Boleh Memuat-Turun Google Font Ke Desktop

Kini Anda Boleh Memuat-Turun Google Font Ke Desktop

Diterbitkan pada Mei 1, 2013 oleh .

Font daripada Google yang disediakan untuk web sedia menarik minat ramai pembangun, apatah lagi ia ditawarkan secara percuma. Menariknya, kini pihak Google turut menawarkan Google Font untuk digunakan pada desktop melalui SkyFonts.

Google Font

Untuk menjayakan kebolehan untuk memuat-turun dan memastikan font yang digunakan pengguna adalah sentiasa dalam versi terkini, Google menawarkan ia melalui SkyFonts. Setiap kali kemaskini diperkenalkan, ia turut sama akan mengemaskini pemasangan font pada desktop pengguna.

Jadi, bagi anda yang berminat atau terlibat dalam bidang rekabentuk dan sebagainya, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakannya hari ini.

Muat-Turun Google Font untuk Desktop


TIPS & ULASAN