Adakah Anda Menghadapi Masalah Untuk Mengakses Beberapa Kandungan Di YouTube Dan Facebook?

Adakah Anda Menghadapi Masalah Untuk Mengakses Beberapa Kandungan Di YouTube Dan Facebook?

Diterbitkan pada Mei 1, 2013 oleh .

YouTubeBeberapa pengguna kini melaporkan mereka menghadapi masalah untuk mengakses beberapa video dan halaman Facebook, terutamanya yang menggunakan talian UniFi.

Melalui perbincangan di forum terkemuka, Lowyat, beberapa pengguna mengatakan mereka tidak boleh mengakses sesuatu halaman Facebook apabila melayari tanpa menggunakan HTTPS, tetapi menghadapi masalah apabila menggunakan HTTP.

Selain itu, ia turut dikatakan beberapa video yang dihoskan di YouTube juga turut sama menghadapi masalah, dimana walaupun boleh dihubungkan ke sesuatu halaman, tetapi videonya gagal dimainkan.

Buat masa ini, apakah masalah dan punca disebaliknya tidak diketahui. Mungkin bagi pengguna yang menghadapi masalah sama, boleh berkongsi pendapat dan pengalaman anda.

Perkongsian : Sinar Project


TIPS & ULASAN