Desas-desus mengenai permainan Call of Duty : Ghosts telah diperkatakan sejak beberapa minggu yang lepas, dan hari ini, secara rasminya pihak Activision telah pun mengeluarkan video promosi pertama untuk permainan tersebut.
Call of Duty : Ghosts merupakan versi permainan COD yang seterusnya, dan akan hadir untuk PC, PlayStation 3, Xbox 360 dan konsol generasi baru kelak. Pihak pembangunnya sendiri dijangka akan berkongsi lebih banyak maklumat berkaitan dengan permainan tersebut pada 21 Mei (22 Mei waktu Malaysia) kelak.
Jadi, bagi para peminat permainan Call of Duty, mungkin boleh bersedia, dan menandakan tarikh 22 Mei untuk lihat apakah yang akan ditawarkan melalui permainan tersebut kelak.