Cari @ Amanz

IDC : Pengeluaran TabletTablet iPad daripada Apple merupakan salah satu tablet yang menawarkan pelbagai kemudahan, disamping digunakan dengan meluas oleh ramai pengguna seluruh dunia. Mengikut angka terkini yang dikeluarkan, Apple telah mengeluarkan sebanyak 19.5 juta tablet sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

Mengikut di tempat kedua dan ketiga adalah Samsung dengan lebih 8.8 juta tablet, dan Asus dengan lebih 2.7 juta tablet. Microsoft turut tidak ketinggalan, dimana sebanyak lebih kurang 900,000 tablet Surface telah dikeluarkan dalam tempoh yang sama.

Secara keseluruhan, sebanyak lebih 49.2 juta tablet telah dikeluarkan pada tempoh tersebut, dan angka penggunaan tablet seluruh dunia dijangka akan terus meningkat dalam bulan-bulan akan datang.

Jadi, dalam pelbagai tablet dalam pasaran hari ini, apakah yang menjadi pilihan anda? Adakah ianya iPad?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd