Cari @ Amanz

Surface Pro dilaporkan sebelum ini hanya akan hadir untuk pasaran Malaysia sekitar bulan Jun kelak, dan menariknya kini mengikut desas-desus terbaru, Microsoft dilaporkan akan memperkenalkan tablet Surface generasi kedua mereka pada bulan Jun kelak.

Surface RT

Mengikut apa yang diperkatakan, Surface baru tersebut kelak hanya akan bersaiz sekitar 7-inci, sekaligus mungkin menjadi salah satu tablet berasaskan Windows Blue.

Sekiranya ura-ura ini benar, maka mungkin kita akan dapat melihat Microsoft memperkenalkan ia pada acara BUILD yang akan diadakan pada bulan Jun kelak.

Selain daripada Microsoft, sebelum ini sebuah gambar tertiris ke arena web, memperlihatkan tablet Acer bersaiz sekitar 7-inci, dan dikatakan akan diperkenalkan bersama-sama pengumuman Windows Blue.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd