Rovio Menawarkan Permainan Angry Birds Secara Percuma Untuk Windows Phone Sehingga 15 Mei

Rovio Menawarkan Permainan Angry Birds Secara Percuma Untuk Windows Phone Sehingga 15 Mei

Diterbitkan pada Mei 2, 2013 oleh .

Permainan Angry Birds boleh dikatakan merupakan salah satu permainan popular pada pelbagai platform mudah-alih. Setelah menawarkan ia pada harga $0.99 untuk pengguna Windows Phone, kini Rovio menawarkan ia secara percuma untuk waktu yang terhad.

Angry Birds

Sehingga 15 Mei ini, pihak Rovio menawarkan permainan tersebut secara percuma, disamping pada masa yang sama menambah sebanyak empat tahap permainan yang baru.

Jadi, sekiranya anda merupakan peminat permainan Angry Birds, dan ingin mendapatkannya pada peranti anda, mungkin boleh memuat-turun ia secara percuma untuk peranti Windows Phone 7 dan juga Windows Phone 8, dan mula memainkannya hari ini.

Muat-Turun Angry Birds untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN