Android Jelly Bean Kini Digunakan Oleh Lebih 28.4% Pengguna Seluruh Dunia

Android Jelly Bean Kini Digunakan Oleh Lebih 28.4% Pengguna Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Mei 2, 2013 oleh .

Seperti setiap bulan, hari ini Google telah pun menerbitkan statistik penggunaan Android terkini mereka, sekaligus memperlihatkan penggunaan Android Jelly Bean terus meningkat, sekaligus melangkaui penggunaan Ice Cream Sandwich.

Daripada angka yang dikeluarkan oleh Google, Android Jelly Bean kini digunakan pada lebih 28.4% peranti, manakala Ice Cream Sandwich pula digunakan pada 27.5% peranti.

Versi Android (Mei 2013)

Penggunaan Gingerbread masih adalah yang tertinggi, walaupun memperlihatkan penurunan dari bulan ke bulan. Mengikut angka terkini yang dikeluarkan, sebanyak 38.5% peranti masih menggunakan versi Gingerbread pada hari ini.

Berkenaan dengan statistik ini, Google menyediakannya untuk para pembangun supaya mereka mudah mengoptimasikan peranti mengikut versi Android popular. Menurut Google, angka ini dikeluarkan mengikut peranti yang mengakses Google Play Store, dan masih aktif digunakan.

Jadi, apakah versi Android yang digunakan oleh anda?


TIPS & ULASAN