Facebook Kini Mempunyai Lebih 751 Juta Pengguna Aktif Pada Peranti Mudah-Alih

Facebook Kini Mempunyai Lebih 751 Juta Pengguna Aktif Pada Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mei 2, 2013 oleh .

Facebook hari ini telah pun berkongsi beberapa statistik semasa mereka, dimana ia dilaporkan mereka mempunyai lebih daripada 1.1 bilion pengguna aktif setiap bulan, dan menariknya, laman sosial terkemuka itu juga turut melaporkan mereka mempunyai 751 juta pengguna aktif melalui peranti mudah-alih setiap bulan.

Selain daripada laman sosial tersebut yang terus berkembang dari hari ke hari, Facebook juga turut mengatakan yang mana Instagram turut memperlihatkan peningkatan positif, dimana dari 22 juta pengguna aktif setiap bulan ketika diambil-alih oleh Facebook, kini Instagram mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna aktif setiap bulan.

Pada tahun ini, Facebook kelihatan agak aktif dalam memperkenalkan beberapa perkara baru. Sehingga kini, mereka telah memperkenalkan antaramuka News Feed dan Timeline baru, selain turut sama mengumumkan Facebook Home baru-baru ini, bersama-sama dengan sokongan Chat Head untuk Facebook Messenger.

Dengan pertambahan angka pengguna yang positif dari hari ke hari, mereka juga turut sama memfokuskan dalam terus meningkatkan pendapatan mereka. Walaubagaimanapun untuk Instagram, pihak Facebook mengatakan mereka lebih memfokuskan kepada memperluaskan lagi angka penggunanya sebelum memperkenalkan sokongan pengiklanan.


TIPS & ULASAN