Instagram Kini Membolehkan Anda Tag Gambar Rakan Anda

Instagram Kini Membolehkan Anda Tag Gambar Rakan Anda

Diterbitkan pada Mei 3, 2013 oleh .

Lebih kurang sama seperti pada Facebook, kini pihak Instagram turut sama membawakan salah satu fungsi baru untuk pengguna iOS dan juga Android, membolehkan pengguna untuk tag rakan-rakan mereka mahupun sesuatu jenama pada gambar yang dikongsikan melalui perkhidmatan tersebut.

Namun membezakan dengan fungsi pada Facebook adalah dimana pada gambar Instagram, hanya pemilik akaun sahaja yang boleh tag, dan bukannya semua pengguna.

Sebuah tab baru turut ditambah, dilabelkan sebagai “Photos of You”, membolehkan pengguna untuk melihat gambar-gambar mereka yang di tag oleh rakan-rakan Instagram lain.

Fungsi ini diperkenalkan oleh Instagram melalui aplikasi versi 3.5 untuk iOS dan Android yang diperkenalkan pada hari ini. Bagi pengguna Instagram, mungkin boleh mengemaskini aplikasi mereka, dan menggunakan fungsi ini hari ini.


TIPS & ULASAN