Carian
Google Kini Memudahkan Anda Mengakses Google Keep Melalui Aplikasi Untuk Chrome
May 3, 2013 Aman

Google Keep telah diperkenalkan pada bulan lepas, membolehkan para pengguna untuk menyimpan nota ringkas terus daripada peranti Android mereka, dan sync kepada Google Drive. Setelah terhad hanya untuk Android dan web, kini Google turut sama memperkenalkan aplikasi Keep untuk Chrome.

Google Keep Chrome

Melaluinya, ia membolehkan pengguna menggunakan Google Keep pada tetingkapnya tersendiri, selain turut boleh digunakan secara offline.

Seperti biasa, pengguna akan diminta untuk mendaftar masuk menggunakan akaun Google, dan menggunakan ia seperti biasa. Sebaik sahaja selesai menambah nota dan sebagainya, segalanya akan disimpan ke Google Keep, dan di sync ke peranti anda.

Bagi pengguna Chrome yang berminat, anda boleh menambah dan menggunakan Google Keep hari ini dalam pengambilan dan untuk menyimpan nota bukan sahaja pada pelayar web, tetapi turut mengaksesnya pada pelbagai peranti Android anda.

Komen