Apple Memperkenalkan Kemaskini iOS 6.1.4 Untuk iPhone 5

Apple Memperkenalkan Kemaskini iOS 6.1.4 Untuk iPhone 5

Diterbitkan pada Mei 3, 2013 oleh .

Apple hari ini telah pun mengeluarkan kemaskini khas untuk para pengguna peranti iPhone 5, dimana melaluinya ia membawakan kemaskini untuk profil audio pada speakerphone.

Kemaskini iOS 6.1.4 ini diperkenalkan hanya untuk pengguna iPhone 5 sahaja buat masa ini, dan tidak ditawarkan untuk pengguna peranti lain. Walaubagaimanapun, ia mungkin bukan suatu kemaskini utama, dan tidak membawakan sebarang penambahan fungsi baru pada peranti anda.

Untuk pengguna iPhone 5, anda boleh ke halaman Settings pada peranti anda, dan kemudian memilih General, seterusnya Software Update.


TIPS & ULASAN