Cari @ Amanz

Pada tahun ini, selain daripada pelbagai pengeluar, salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah Motorola X yang dikatakan akan memperlihatkan apakah akan dibawakan oleh pengeluar peranti tersebut setelah lebih setahun diambil-alih Google.

Motorola X "Ghost"

Ura-ura berkenaan Motorola X telah dikatakan sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini sebuah gambar baru hadir, dikatakan Motorola X akan dikenali dengan nama kod “Ghost”.

Walaubagaimanapun, gambar yang diperlihatkan ini adalah kurang memperlihatkan rekabentuknya, memandangkan ia ditutup menggunakan sebuah kerangka pada bahagian luar.

Tiada banyak perkara yang dapat dilihat. Peranti ini kelihatan menjalankan sistem operasi Android dengan antaramuka “natif”, selain mana menyertakan port audiojack pada bahagian tengah.

Mengikut apa yang kedengaran, peranti ini mungkin akan hadir sekitar bulan Julai kelak, dan dijangka akan membawakan skrin bersaiz sekitar 4.7-inci dan dilengkapi memori sebanyak 2GB RAM pada ia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd