SKMM Sedang Menyiasat Aduan Mengenai Sekatan Akses

SKMM Sedang Menyiasat Aduan Mengenai Sekatan Akses

Diterbitkan pada Mei 3, 2013 oleh .

SKMMLanjutan daripada laporan sebelum ini, kini nampaknya pihak SKMM telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka, mengatakan mereka sedang menyiasat beberapa aduan yang diterima mereka berkenaan dengan sekatan akses yang dikatakan dilakukan oleh ISP (penyedia perkhidmatan internet).

Daripada apa yang dikatakan pihak SKMM, masalah yang dihadapi berkemungkinan dialami kerana ramai yang mengakses sesuatu web pada sesuatu masa. Siasatan awal juga dikatakan mendapati tiada sekatan yang dilakukan oleh pihak ISP.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang mengalami masalah untuk mengakses sesuatu laman mungkin boleh membuat laporan rasmi kepada pihak SKMM, sekaligus membolehkan mereka mengumpulkan lebih banyak data berkenaan sesuatu perkara.

Sebelum ini, pada awal minggu ini beberapa pengguna UniFi melaporkan yang mana mereka menghadapi masalah untuk mengakses sesuatu halaman Facebook dan juga sukar untuk menonton beberapa video di YouTube.

SKMM mengatakan punca berlakunya masalah ini sukar untuk dipastikan tanpa audit rangkaian yang menyeluruh oleh mereka.


TIPS & ULASAN