Pada platform Windows Phone, salah satu aplikasi pemain video YouTube yang popular adalah MetroTube. Menariknya setelah ia sedia popular untuk pengguna Windows Phone, aplikasi berkenaan turut sama kini dilancarkan untuk para pengguna Windows 8.
MetroTube untuk Windows 8 ini ditawarkan secara percuma, membolehkan para pengguna untuk mengakses saluran kegemaran mereka, dan menonton pelbagai video terus menggunakannya. Aplikasi ini juga turut sama membawakan sokongna perkongsian sosial, dan membolehkan pengguna memainkan video dalam bentuk HD.
Pembangunnya turut mengatakan mereka akan menambah lebih banyak fungsi untuk MetroTube pada Windows 8 tidak lama lagi. Bagi pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun MetroTube terus daripada Windows Store hari ini secara percuma.
- Muat-Turun MetroTube untuk Windows 8