Carian
Paranoid Android Memperlihatkan Fungsi Notifikasi Seumpama Chat Heads Untuk Semua Aplikasi
May 3, 2013 Aman

Fungsi bagaimana mesej baru dipaparkan melalui Chat Heads untuk Facebook Messenger telah menarik perhatian ramai pihak, apatah lagi ia memudahkan proses mengakses mesej berbentuk teks menggunakan sebarang aplikasi.

Menariknya, kini pembangun Paranoid Android memperlihatkan mereka akan mengintegrasikan sokongan yang lebih kurang sama untuk custrom ROM mereka, sekaligus membolehkan pengguna mengakses pelbagai notifikasi melalui fungsi seumpama Chat Heads.

Menggunakannya, notifikasi akan dipaparkan apabila pengguna sedang menggunakan sebarang aplikasi, dan seterusnya sekiranya pengguna membuka ia, maka akan dipaparkan pada sebuah tetingkap kecil, sekaligus tidak menganggu sebarang aplikasi yang sedang berjalan.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan masih belum diperkenalkan kepada pengguna.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan paparan notifikasi seumpamanya?

Komen