Carian
Mozilla Melancarkan Firefox OS Simulator 3.0 Untuk Semua
May 3, 2013 Aman

Setelah sekian lama dalam pembangunan, kini pihak Mozilla telah pun melancarakan versi stabil untuk add-on Firefox OS pada pelayar web mereka, iaitu Firefox Simulator 3.0.

Melaluinya, pengguna boleh menguji dan melihat bagaimanakah Firefox OS akan kelihatan, selain membantu para pembangun mengoptimasikan aplikasi mereka untuk platform tersebut.

Bagi para pengguna yang ingin mencubanya, anda hanya perlu menjalankan pelayar web Firefox, dan kemudiannya menambah FirefoxOS Simulator ini.

Komen