Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lepas, Acer telah mengeluarkan sebuah video promosi untuk produk baru mereka, dan hari ini secara rasminya gergasi perkomputeran dari Taiwan itu telah pun mengumumkan produk terbaru mereka, iaitu Acer Aspire R7.

Acer R7

Acer Aspire R7 membawakan perubahan drastik pada rekabentuk komputer riba, dimana ia menyertakan skrin yang boleh dilaraskan seumpama pada komputer AIO.

Pengguna juga turut sama boleh melipatnya dan menggunakan ia sebagai tablet, lebih kurang seperti beberapa komputer riba Windows 8 dipasaran pada hari ini.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 15.6-inci dengan paparan 1080p, dan pilihan cip pemprosesan antara Core i5 atau Core i7.

Buat masa ini, harga jualannya dan bilakah ia akan hadir ke Malaysia masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd