Acer Aspire P3 – Ultrabook Yang Boleh Diubah Kepada Tablet

Acer Aspire P3 – Ultrabook Yang Boleh Diubah Kepada Tablet

Diterbitkan pada Mei 4, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman Acer Aspire R7, pihak Acer juga turut sama memperkenalkan ultrabook terbaru mereka yang boleh diubah kepada tablet, dinamakan sebagai Acer Aspire P3.

Acer Aspire P3

Dari segi rekabentuk, ultrabook ini didatangkan dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan, dan dilengkapi dengan sokongan stylus. Acer Aspire P3 membawakan skrin bersaiz 11.6-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan Core i3 atau i5, serta menjalankan Windows 8. Ia juga turut didatangkan dengan sokongan port HDMI dan juga USB 3.0.

Acer Aspire P3 ini telah mula dijual di Amerika Syarikat pada harga $799. Bilakah ia akan ditawarkan di Malaysia masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN