Acer Memperkenalkan Tablet Bajet – Acer Iconia A1

Acer Memperkenalkan Tablet Bajet – Acer Iconia A1

Diterbitkan pada Mei 4, 2013 oleh .

Selain daripada perang dikalangan pengeluar telefon pintar, salah satu perkara yang kelihatan turut mendapat perhatian daripada pelbagai pengeluar adalah peranti pada harga bajet, terutamanya tablet.

Hari ini, pihak Acer telah memperkenalkan beberapa peranti, seperti Aspire R7 dan Aspire P3. Selain kedua-duanya, Acer turut sama memperkenalkan tablet mereka, dinamakan sebagai Iconia A1.

Acer Iconia A1

Acer Iconia A1 menjalankan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean, serta dilengkapi dengan skrin bersaiz 7.9-inci, dan cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, serta bateri yang mampu bertahan sehingga 7 jam.

Tablet ini dijual pada harga $169 (~RM515) oleh pihak Acer, dimana boleh dikatakan harga yang agak kompetitif berbanding pelbagai pengeluar lain di pasaran pada hari ini.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah tablet ini akan memasuki pasaran Malaysia. Namun, salah satu perkara yang menarik adalah dimana dengan pelbagai persaingan yang berlaku antara pengeluar, ia kelihatan menguntungkan para pengguna dengan lebih banyak tawaran peranti pada harga yang lebih rendah.

Apa pun, sama-sama kita nantikan bilakah Acer Malaysia akan mula menjual tablet Iconia A1 ini dipasaran tempatan.


TIPS & ULASAN