Setelah menggunakan terma “Palestinian Territories” sebelum ini pada halaman carian Google, kini bermula 1 Mei, pihak Google telah mengubah terma tersebut kepada “Palestine”, sekaligus mengiktiraf negara tersebut yang terlibat dengan pelbagai konflik.
Bersama-sama dengannya, kini pada halaman google.ps, terma “Palestine” digunakan untuk menandakan pengguna sedang melayari laman Google yang dioptimasikan untuk negara tersebut.
Perubahan ini juga dilakukan pada pelbagai produk dan perkhidmatan Google. Google mengatakan mereka telah berbincang dengan pelbagai badan ketika menggunakan terma nama negara, dan untuk perkara ini mereka mengikut beberapa organisasi antarabangsa, termasuk UN, ICANN dan juga ISO.