Cari @ Amanz

Google sering kali hadir dengan pelbagai pilihan doodle menarik untuk hari-hari yang terpilih, dan bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan berlangsung hari ini, pihak Google Malaysia menawarkan sebuah doodle khas untuknya.

Google Doodle PRU13

Melalui doodle tersebut, apabila pengguna klik, ia membawa pengguna kepada halaman carian dengan kata kunci GE13. Mungkin ia agak kurang berguna, dan kami lebih suka sekiranya pihak Google membawa pengguna terus ke halaman Google Malaysia Elections.

Apa pun, bagi melihat sendiri doodle khas daripada pihak Google, mungkin boleh layari laman Google Malaysia. Dan jangan lupa memberikan komen anda berkenaan dengannya.

Kemaskini: Selain laman Google Malaysia, pihak Google juga turut mengemaskini logo YouTube Malaysia dengan logo khas bersempena dengan pilihan-raya.

YouTube PRU13

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd