Google “Babel” Akan Dikenali Sebagai Hangout?

Google “Babel” Akan Dikenali Sebagai Hangout?

Diterbitkan pada Mei 5, 2013 oleh .

Google BabelBeberapa laporan mengenai aplikasi Google “Babel” telah kedengaran sebelum ini, dan terkini, ia dikatakan “Babel” akan dikenali sebagai Hangout ketika ia diperkenalkan kepada pengguna.

Aplikasi ini dijangka akan diperkenalkan oleh Google pada Google I/O bulan ini, dimana dikatakan akan membolehkan pengguna menguruskan pelbagai aplikasi permesejan mereka, seperti Google Talk, Google Voice, dan beberapa yang lain terus melaluinya.

Walaubagaimanapun, penggunaan nama Hangout hanya sekadar spekulasi buat masa ini. Berkemunginan sekiranya ia digunakan, maka mungkin ia turut diintegrasikan dengan aplikasi Google+ Hangout sedia ada, supaya pengguna tidak menghadapi masalah membezakannya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh gergasi internet Google pada I/O kelak.


TIPS & ULASAN