Gameloft Bakal Melancarkan Permainan Gangstar Vegas Untuk iOS Dan Android

Gameloft Bakal Melancarkan Permainan Gangstar Vegas Untuk iOS Dan Android

Diterbitkan pada Mei 5, 2013 oleh .

Gangstar VegasGameloft agak aktif dalam mengeluarkan dan hadir dengan permainan menarik untuk peranti mudah-alih. Terkini, melalui saluran YouTube mereka, Gameloft mengeluarkan video teaser untuk permainan baru, dinamakan sebagai Gangstar Vegas.

Buat masa ini, info penuh berkenaan permainan tersebut masih tidak diketahui. Tetapi daripada apa yang kelihatan, ia tampak seperti permainan Grand Theft Auto yang sedia popular dikalangan pengguna seluruh dunia.

Permainan seumpama Grand Theft Auto?Namun, salah satu perkara yang menjadi pertanyaan ramai adalah sama ada ia akan ditawarkan secara berbayar ataupun melalui model freemium mereka.

Daripada pelbagai komentar pengguna pada saluran YouTube Gameloft, mereka mengatakan sanggup membayar untuk permainan tersebut, berbanding dengan dikenakan caj freemium, yang mana sekaligus menjadikan pengalaman bermain kurang menarik berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi, bilakah tarikh rasmi permainan ini akan hadir untuk iOS dan Android.


TIPS & ULASAN