Gambar Peranti Baru LG Mula Kelihatan – Mungkinkah Optimus G2?

Gambar Peranti Baru LG Mula Kelihatan – Mungkinkah Optimus G2?

Diterbitkan pada Mei 5, 2013 oleh .

LG BaruEvLeaks telah hadir dengan gambar peranti jauh sebelum ia diumumkan secara rasmi, dan hari ini, mereka memperlihatkan gambar sebuah peranti baru daripada LG. Buat masa ini, apakah nama peranti tersebut tidak diketahui sepenuhnya, dan spekulasi awal dibuat berkemungkinan adalah Optimus G2.

Beberapa ura-ura berkenaan dengan Optimus G2 telah kedengaran sebelum ini, mengatakan ia akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800, serta rekabentuk yang nipis berbanding sebelumnya.

Daripada gambar yang diperlihatkan, ia memaparkan rekaan kerangka tepi yang nipis, serta tidak menyertakan butang fizikal pada bahagian hadapan.

Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan diperkenalkan kepada umum.


TIPS & ULASAN