Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, kini pihak Valve telah pun mengeluarkan versi beta permainan Left 4 Dead 2 untuk para pengguna Linux, sekaligus membolehkan pengguna Linux memainkan permainan tersebut pada komputer mereka.
Bersama-sama dengan versi beta ini, ia turut menyertakan beberapa kandungan baru, termasuk sistem permainan yang dikenali sebagai “Extended Mutation System”.
Bagi pengguna yang tidak mengenali permainan L4D2 ini, ia merupakan kesinambungan daripada permainan pertamanya, Left 4 Dead, membawakan genre permainan FPS (first person shooter), serta amat popular dikalangan para pemain seluruh dunia.
Pengguna Linux yang berminat, boleh mendapatkan permainan ini daripada Steam dan memainkannya bersama-sama yang lain hari ini.