Carian
Samsung Memperkenalkan Telefon Pintar Baru – Galaxy Core
May 6, 2013 Aman

Samsung hari ini telah pun mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai Samsung Galaxy Core, dimana menurut mereka membawakan rekabentuk yang kompak dan juga masa bertahan yang lebih lama berbanding beberapa peranti pada hari ini.

Samsung Galaxy Core

Galaxy Core dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, skrin bersaiz 4.3-inci, memori sebanyak 1GB RAM, serta kamera belakang 5-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1800mAh untuk masa penggunaan yang lebih lama.

Galaxy Core juga dikatakan turut didatangkan dengan teknologi Dual SIM, membolehkan pengguna mengakses kedua-dua SIM pada masa yang sama.

Peranti yang menjalankan Android 4.1 Jelly Bean ini turut dilengkapi beberapa fungsi popular Samsung, termasuk S-Voice, Smart Stay dan juga Smart Alert.

Peranti versi satu SIM akan ditawarkan bermula bulan Julai, sementara versi dwi-SIM akan ditawarkan bermula Mei. Buat masa ini, bilakah ia akan hadir ke pasaran Malaysia, masih tidak diketahui lagi.

Komen