Cari @ Amanz

Google dikatakan akan hadir dengan perkhidmatan langganan berbayar untuk beberapa saluran, sekaligus membolehkan pengguna melanggan beberapa kandungan untuk suatu kadar langganan bulanan.

Mengikut laporan FT, Google dikatakan akan menawarkan perkhidmatan tersebut dengan menawarkan sehingga 50 saluran pada kadar $1.99 sebulan.

Ura-ura mengenai perkara ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas, dan masih belum diperkenalkan sehingga kini. Pihak Google sendiri telah melabur dalam beberapa saluran dalam memastikan kandungan yang diterbitkan berkualiti, disamping menarik pengguna untuk mengakses laman tersebut dengan lebih kerap.

Pengenalan perkhidmatan berbayar ini juga akan kelak membolehkan Google menjana wang yang lebih, berbanding hanya bergantung kepada pengiklanan buat masa ini.

Apa pun, semestinya persoalan yang sering hadir adalah adakah ia akan menyokong pasaran Malaysia atau hanya eksklusif untuk beberapa negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd