The SIMS 4 Akan Hadir Ke PC Dan Mac Tahun Hadapan

The SIMS 4 Akan Hadir Ke PC Dan Mac Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Mei 6, 2013 oleh .

The SIMSDalam pelbagai permainan berbentuk simulasi, salah satu yang popular adalah The Sims. Hari ini, melalui blog rasmi EA, mereka mengumumkan yang mana permainan versi seterusnya, iaitu The SIMS 4 akan hadir untuk platform PC dan juga Mac pada tahun hadapan.

Buat masa ini, informasi berkenaan The SIMS 4 masih lagi terhad, dan pihak EA dijangka akan mengumumkan lebih lanjut berkenaan dengannya dalam masa beberapa jam lagi.

The SIMS merupakan permainan simulasi yang membolehkan pemain mengawal sesebuah watak dan menjalani kehidupan maya melaluinya. Menurut EA sebanyak lebih daripada 150 juta salinan permainan ini telah terjual sehingga kini, dan versi terakhir yang dikeluarkan adalah The SIMS 3 : University Life pada 5 Mac lepas.


TIPS & ULASAN