Aplikasi GMail Untuk iOS Kini Diintegrasikan Bersama Pelbagai Aplikasi Google Lain

Aplikasi GMail Untuk iOS Kini Diintegrasikan Bersama Pelbagai Aplikasi Google Lain

Diterbitkan pada Mei 7, 2013 oleh .

GMail untuk iOS telah diperkenalkan pada tahun 2011, dan kini, melalui kemaskini terbaru aplikasi tersebut, ia membawakan salah satu penambahan yang menarik, dimana ia diintegrasikan dengan pelbagai aplikasi iOS milik Google yang lain, iaitu YouTube, Google Maps dan juga Chrome.

Melalui perubahan ini, sekiranya pengguna menerima pautan melalui emel mereka, ia akan membuka menggunakan pelayar web Chrome pada iOS, dan perkara sama juga untuk pautan YouTube ataupun Google Maps, dimana masing-masing dibuka menggunakan aplikasi daripada Google tersebut.

Namun, seperti biasa, pengguna perlu mempunyai ia terpasang terlebih dahulu, ataupun ia akan berfungsi seperti sebelum ini. Pengguna juga boleh mengubah tetapan untuk bagaimana pautan dibuka melalui tetapan yang didatangkan melalui aplikasi GMail ini.

Muat-Turun Aplikasi GMail untuk iOS


TIPS & ULASAN