Asus Bakal Memperkenalkan Chromebook Pada Pertengahan Kedua 2013

Asus Bakal Memperkenalkan Chromebook Pada Pertengahan Kedua 2013

Diterbitkan pada Mei 7, 2013 oleh .

ChromebooksNampaknya kerjasama pihak Google dan Asus akan lebih rapat lagi, apabila kini dikatakan gergasi dari Taiwan ini akan hadir dengan komputer riba Chromebook mereka tersendiri pada pertengahan kedua 2013 ini.

Chrome OS boleh dikatakan masih baru lagi, dan tidak digunakan dengan meluas di pasaran Malaysia. Namun, perkara tersebut mungkin berubah tidak lama lagi, apatah lagi dengan sekolah-sekolah di Malaysia yang akan mula menggunakannya.

Buat masa ini, saiz Chromebook yang akan ditawarkan masih tidak diketahui lagi, tetapi harganya dikatakan akan sekitar $199 ke $499, sekaligus membolehkan ramai pengguna mendapatkannya.

Selain Asus, beberapa pengeluar lain telah sedia menawarkan Chromebook mereka, termasuk Acer dan juga Samsung.


TIPS & ULASAN