Kini, Lebih 10 Juta Peranti Menggunakan Perisian BlueStacks

Kini, Lebih 10 Juta Peranti Menggunakan Perisian BlueStacks

Diterbitkan pada Mei 7, 2013 oleh .

BlueStacks merupakan salah satu perisian yang berguna untuk pengguna Windows dan Mac, membolehkan mereka menjalankan aplikasi-aplikasi Android terus pada desktop dengan mudah.

BlueStacks

Berkongsi hari ini, pihak BlueStacks mengatakan lebih daripada 10 juta peranti menjalankan perisian BlueStacks hari ini, dan 4.2 juta daripadanya mula menggunakan sejak daripada suku pertama tahun ini.

Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi popular dan pelbagai permainan Android pada skrin komputer anda, mungkin boleh memuat-turun perisian BlueStacks ini dan mencubanya sendiri hari ini.

Muat-Turun BlueStacks untuk Windows dan Mac


TIPS & ULASAN