Carian
Asus Dilaporkan Akan Hadir Dengan Tablet Windows 8 Bersaiz Kecil
May 7, 2013 Aman

Dengan Windows 8.1 yang bakal menjelang tiba tahun ini, ia telah dikatakan pelbagai tablet bersaiz sekitar 7-inci ke 8-inci akan hadir, dan kini dilaporkan Asus merupakan salah satu pengeluar yang akan hadir dengan tablet seumpamanya.

Sebelum ini, gambar tablet Acer yang bersaiz sekitar 8-inci telah kelihatan, dan dikatakan akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.

Asus dikatakan sedang bersiap dengan tablet bersaiz sekitar 8.1-inci yang akan menjalankan sistem operasi terbaru daripada Microsoft, dan akan dijual dibawah harga $300.

Selain daripada Asus dan juga Acer, Microsoft juga telah dikatakan sebelum ini akan hadir dengan tablet Surface dengan saiz lebih kurang sama, dan mungkin akan diperkenalkan pada bulan Jun ini.

Komen