Permainan Plant vs Zombie 2 Akan Datang Pada Bulan Julai

Permainan Plant vs Zombie 2 Akan Datang Pada Bulan Julai

Diterbitkan pada Mei 7, 2013 oleh .

Plant vs Zombie 2Sekuel untuk permainan Plant vs Zombie boleh dikatakan dinantikan ramai, apatah lagi dengan pelbagai permainan kasual untuk mudah-alih telah mempunyai sekuel. Kini, melalui sebuah video daripada PopCap, mereka mengatakan Plant vs Zombie 2 akan hadir pada bulan Julai ini.

Plant vs Zombie diperkenalkan pada platform PC sebelum ia hadir untuk pelbagai platform mudah-alih, dan mempunyai peminatnya tersendiri pada hari ini.

Buat masa ini, tiada sebarang informasi berkenaan apakah yang akan dibawakan oleh sekuel permainan tersebut. Dengan pengumuman ia akan hadir pada bulan Julai ini, mungkin kelak kita akan dapat mendengar lebih banyak maklumat mengenai permainan ini dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN