Cari @ Amanz

Setelah sekian lama senyap berkenaan dengan angka jualan Windows 8, hari ini melalui sebuah artikel pada blog rasmi Windows, pihak Microsoft berkongsi mengatakan mereka telah menjual lebih daripada 100 juta lesen Windows 8 sehingga kini.

Selain daripada perkongsian angka jualan, Microsoft juga mengesahkan berkenaan dengan Windows Blue, mengatakan ia merupakan nama kod untuk kemaskini yang akan ditawarkan pada tahun ini.

Windows Blue juga dikatakan akan membolehkan sistem operasi Microsoft itu berjalan pada lebih banyak saiz peranti, serta membawakan beberapa penambah-baikkan, hasil daripada maklumbalas para pengguna.

Selain daripada itu, pihak Microsoft turut berkongsi mengatakan sebanyak lebih 250 juta aplikasi telah dimuat-turun daripada Windows Store dalam masa enam bulan sejak ia diperkenalkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd