dengan tagline Ciuman Floral
Fujitsu PC Asia Pasifik hari ini secara rasminya telah memperkenalkan komputer riba terbaru mereka memfokuskan kepada pengguna wanita, dikenali sebagai Fujitsu Lifebook CH702, dan didatangkan dalam pilihan warna putih, merah jambu.
Fujitsu Lifebook CH702 dijana menggunakan cip Intel Core i5 dengan sokongan Intel Turbo Boost, serta membawakan skrin bersaiz 13.3-inci bersama-sama dengannya. Dari segi sistem operasi, ia menggunakan Windows 8. Komputer riba ini memfokuskan kepada para pengguna wanita, dengan membawakan rekabentuk yang unik dan elegan, disamping turut menyertakan tetikus serta AC Adaptor yang direkabentuk khas.
Di Malaysia, komputer riba ini dijual pada harga RM4296 (dengan pilihan pembayaran 24-bulan), dan bagi mereka yang berminat, boleh membuat pra-tempahan melalui laman rasmi Fujitsu Malaysia.