Desas-desus mengenai Nokia Lumia 928 telah kedengaran sejak beberapa minggu yang lepas, dan dengan Nokia yang dijangka akan memperkenalkan peranti mereka pada minggu depan, kini sebuah gambar pengiklanan peranti Lumia 928 hadir ke arena web.
Melalui pengiklanan yang diperlihatkan, ia memberikan idea yang mana peranti tersebut kelak akan membawakan sokongan kamera terbaik untuk rakaman pada kadar cahaya rendah, serta menghasilkan kualiti gambar yang baik. Ia juga dijangka akan menyertakan sokongan OIS dan lensa Carl Zeiss pada ia.
Peranti ini dikatakan akan eksklusif untuk Verizon di Amerika Syarikat. Nokia turut bakal melancarkan peranti terbaru mereka, diura-ura akan sebagai Nokia Catwalk pada minggu hadapan yang mana memfokuskan untuk pasaran antarabangsa. Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan mereka minggu hadapan.