Cari @ Amanz

Dengan ramai pengeluar yang hadir dengan telefon pintar yang memfokuskan kepada keupayaan kamera, Samsung nampaknya tidak ingin ketinggalan, dimana kini ura-ura baru kedengaran mengatakan gergasi Korea Selatan itu akan hadir dengan telefon pintar baru dikenali sebagai Samsung Galaxy S4 Zoom.

Samsung Galaxy Camera

Sekiranya ura-ura ini benar, ia dikatakan akan hadir sekitar bulan Julai kelak, dimana dikatakan akan menyertakan sensor sebesar 16-megapixel, serta didatangkan dengan skrin bersaiz 4.3-inci

Sebelum ini sendiri pihak Samsung telah memperkenalkan Galaxy Camera, iaitu kamera digital yang menggunakan Android dengan antaramuka TouchWiz. Tetapi ia tidak menyertakan sokongan panggilan melaluinya.

Jadi, sekiranya benar Samsung hadir dengan Galaxy S4 Zoom ini, adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd