Cari @ Amanz

Setelah popular dengan aplikasi untuk platform mudah-alih, hari ini Viber turut sama memperkenalkan perisian VoIP mereka untuk pengguna Windows dan juga Mac, sekaligus membolehkan mereka membuat panggilan HD dan menghantar mesej, terus melalui desktop.

Viber Desktop

Viber Desktop dibangunkan dengan kebolehan untuk menggunakan Viber pada pelbagai peranti, membolehkan anda menggunakan ia pada desktop, dan juga pada masa yang sama memindahkan panggilan daripada desktop ke peranti mudah-alih dengan hanya satu klik.

Selain daripada itu, Viber desktop juga turut sama menawarkan panggilan video, membolehkan pengguna membuat panggilan video antara pengguna Viber desktop.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Viber untuk desktop anda hari ini, dan mula membuat panggilan melaluinya.

  • Muat Turun
  • Muat-Turun Viber
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd