Carian
Adobe Hentikan Pembangunan Fireworks – Memfokuskan Kepada Kemaskini Sekuriti
May 7, 2013 Aman

Adobe FireworksAdobe, selain mengumumkan beberapa versi baru perisian mereka, termasuk Photoshop CC dna juga Dreamweaver CC, ia kelihatan mereka juga akan menghentikan salah satu perisian popular mereka, Adobe Fireworks.

Perkara ini adalah mungkin kerana beberapa fungsi Fireworks yang terdapat pada Photoshop, Illustrator dan beberapa perisian yang lain. Walaubagaimanapun, pihak Adobe akan terus menawarkan Fireworks CS6 dan menawarkan kemaskini sekuriti untuk para pengguna.

Bagi yang tidak mengenali Fireworks, ia merupakan salah satu perisian yang digunakan oleh pembangun web dalam membangunkan rekabentuk serta mengoptimasikan ia untuk web dengan mudah.

Bersama-sama dengan pengumuman ini juga, beberapa pengguna aktifnya dan juga peminat perisian Fireworks telah memulakan petisyen meminta pihak Adobe mengeluarkan ia dalam bentuk sumber terbuka, dan menyerahkan ia untuk komuniti.

Komen