Microsoft Memperkenalkan Aplikasi YouTube Yang Direkabentuk Semula Untuk WP8

Microsoft Memperkenalkan Aplikasi YouTube Yang Direkabentuk Semula Untuk WP8

Diterbitkan pada Mei 8, 2013 oleh .

Microsoft hari ini mengumumkan aplikasi YouTube yang serba baru dan direkabentuk semula untuk para pengguna Windows Phone 8, sekaligus menamatkan penantian pengguna Windows Phone sekian lama.

Aplikasi YouTube WP8

Melalui pengenalan aplikasi YouTube baru ini, ia membawakan beberapa penambahan, termasuk kebolehan untuk pin video, saluran ataupun playlist kegemaran anda terus ke skrin Start.

Ia turut disertakan dengan sokongan untuk log masuk ke akaun YouTube, disamping membolehkan pengguna untuk turut berkongsi video kegemaran mereka melalui sokongan perkongsian, terus ke laman sosial atau melalui SMS dan emel.

Salah satu fungsi menarik juga adalah dimana pengguna boleh memilih untuk hanya mendengar kepada sesuatu video, dan ia akan dimainkan pada latar, membolehkan pengguna mendengar, walaupun ketika skrin dimatikan.

Microsoft juga mengatakan kemaskini untuk pengguna Windows Phone 7.5 akan hadir dalam beberapa minggu lagi.

Aplikasi YouTube WP8

Muat-Turun Aplikasi YouTube untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN