Windows 8.1 “Blue” (Public Preview) Akan Diperkenalkan Oleh Microsoft Pada Bulan Jun

Windows 8.1 “Blue” (Public Preview) Akan Diperkenalkan Oleh Microsoft Pada Bulan Jun

Diterbitkan pada Mei 8, 2013 oleh .

Lanjutan daripada semalam, hari ini, Microsoft turut sama berkongsi beberapa info tambahan mengenai Windows 8.1 yang dikenali dengan nama kod Blue, dimana mereka mengatakan akan memperkenalkan versi “Public Preview” kepada semua pada bulan Jun kelak.

Microsoft dijangka akan berkongsi lebih lanjut berkenaan dengan Windows 8.1 pada acara tahunan mereka – BUILD yang akan diadakan pada bulan Jun ini, dimana selain menawarkan ia kepada para pembangun, pengguna yang berminat juga boleh mencubanya terlebih dahulu.

Versi akhir dikatakan akan hadir kelak pada tahun ini, dan dijangka akan ditawarkan melalui Windows Store, dan bukannya melalui Windows Update seperti biasa.

Windows 8.1 “Blue” ini bakal membawakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan “Tiles” yang boleh diubah saiz, dioptimasikan untuk skrin kecil, Internet Explorer 11, dan pelbagai sokongan lain lagi.


TIPS & ULASAN